Kerjaya antarabangsa Marko_Pjaca

Pjaca beraksi untuk Croatia dalam kejohanan Piala Dunia 2018.

Pjaca melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Croatia pada 4 September 2014 dengan menggantikan Mateo Kovačić dalam perlawanan persahabatan menentang Cyprus.[16] Pada 3 September 2015, beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan kompetitif iaitu perlawanan kelayakan Euro 2016 menentang Azerbaijan yang berkesudahan perlawanan terikat seri tanpa jaringan.[17] Pada 4 Jun 2016, beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya untuk Croatia ketika pasukannya membelasah San Marino 10-0.[18]

Euro 2016

Pjaca telah dimasukkan ke dalam skuad Croatia untuk menghadapi kejohanan Euro 2016 di Perancis.[19] Beliau memainkan peranan penting untuk membantu Croatia menumpaskan juara bertahan, Sepanyol 2-1. Pjaca hanyak duduk di bangku simpanan dalam pertembungan menentang Portugal namun beliau telah dibawa masuk pada masa tambahan. Sebagai pemain gantian, beliau telah berhasil untuk mengucar-kacirkan benteng pertahanan pihak lawan.[20] Croatia akhirnya tewas tipis 1-0 kepada Portugal hasil jaringan lewat perlawanan oleh Ricardo Quaresma sekali gus menamatkan perjalanan Croatia.[21]

Piala Dunia 2018

Pada 4 Jun 2018, Pjaca disenaraikan ke dalam skuad Piala Dunia 2018 di Rusia. Croatia telah berjaya melangkah ke final sebelum terpaksa akur kepada kekalahan 4-2 kepada Perancis.

Rujukan

WikiPedia: Marko_Pjaca http://bleacherreport.com/articles/2651873-scoutin... http://www.juventus.com/en/news/news/2017/-pjaca-p... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.skysports.com/football/azerbaijan-vs-cr... http://www.skysports.com/football/croatia-vs-s-mar... http://www.washingtontimes.com/news/2016/jun/25/po... http://www.index.hr/sport/clanak/hrvatski-mercato-... http://predsjednica.hr/objava/1/1/2707 http://eu-football.info/_match.php?id=1640